Aktiviti
PERJALANAN MINI PULAU PINANG
Bersiar-siar di sepanjang "jalan-jalan di Pulau Pinang" untuk kecapi sedikit pengalaman yang boleh anda perolehi di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Terdapat beca roda tiga sebenar untuk melengkapkan pengalaman anda. Oleh itu, sila duduk dan nikmati perjalanan anda.TANGKAP GAMBAR. #TAG. CETAK.
Jika anda tidak dapat melawat Pulau Pinang atas sebab-sebab tertentu, Pusat Mencetak Instagram ini boleh menggantikannya. Ambil gambar anda dan rakan anda sedang berinteraksi dengan Seni 3D atau hasilkan ajukan kreatif yang terbaik dengan prop kami, muat naik di Instagram dengan hashtag #MyPenang dan anda akan menerima foto bercetak percuma!KARIKATUR PERCUMA
Gantikan swafoto yang hanya akan disimpan dengan karikatur diri anda yang unik secara percuma! Karikatur ini dilakar oleh ahli karikatur tempatan Mohd Azmi yang telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records dengan menyiapkan 320 karikatur dalam tempoh 24 jam.Tikam-Tikam
Cuba tuah anda di papan Tikam-Tikam! Anda hanya perlu suka ('like') laman Facebook Penang Global Tourism dan pilih nombor daripada papan tersebut untuk memenangi hadiah!PERMAINAN TEKA-SUAI GAMBAR GERGASI
Adakah anda dapat mengatasi masa dan menyelesaikan susun suai gambar dengan ketajaman mata dan pergerakan yang pantas untuk memenangi hadiah? Permainan susun suai gambar ini mengetengahkan imej-imej acara dan perayaan-perayaan yang akan datang serta tarikan dan mercu tanda ikonik Pulau Pinang. Para pemain diberi 30 saat untuk melengkapkan imej.TAU SAR PNEAH PERCUMA (HALAL)
Bagaimanakah seseorang dapat menahan godaan kerapuhan tau sar pneah? Tidak mungkin. Kunjungi kami pada waktu-waktu yang ditetapkan di bawah untuk merasa juadah tempatan Pulau Pinang secara percuma.Jadual: 12 tengah hari, 3 petang, 6 petang, 9 malam



